ADUN Sekong gadai nyawa roboh rumah elak api merebak

LocalPolitics
19 Apr 2026 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Alias memecahkan dinding rumah penduduk di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

KOTA KINABALU - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani, membantu merobohkan sebuah rumah bagi mengelakkan api terus merebak dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, mendapat perhatian warga maya.

Rata-rata netizen memuji sikap beliau yang sanggup bergadai nyawa membantu pasukan keselamatan mengurangkan risiko kebakaran daripada memusnahkan keseluruhan rumah di kampung berkenaan.

Menerusi video berdurasi dua minit enam saat yang tular, Alias, yang juga wakil rakyat Parti Warisan (Warisan), dilihat bertungkus-lumus memecahkan dinding rumah penduduk ketika api sedang marak di kawasan berhampiran.

Walaupun berdepan bahang panas kebakaran, beliau tidak berhenti dan terus berganding bahu bersama beberapa penduduk merobohkan dinding rumah terbabit.

Untuk rekod, Kampung Bahagia terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 1.10 pagi, Ahad.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved