ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

24 May 2024 • 2:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nor Zamri

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 tengah hari, Jumaat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang.

AKAN MENYUSUL