ADUN Ulu Kinta kemalangan elak anjing liar

LocalCars
18 May 2025 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhamad Arafat dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas terlibat kemalangan di Jalan Tanjung Rambutan pada petang Sabtu. Foto Facebook

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Tanjung Rambutan sekitar 6.45 petang Sabtu.

Muhamad Arafat berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas menziarahi penduduk Ulu Kinta dan cuba mengelak sekumpulan anjing liar yang berada di tengah jalan.

"Setibanya di lokasi, saya terkejut dengan kehadiran anjing-anjing itu lalu membelok secara tiba-tiba sebelum kereta terbabas ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh malam tadi dan menjalani ujian imbasan MRI pagi ini.

"Doktor mengesahkan saya hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya. - Bernama