Aedy Ashraf setuju lelaki miskin belum layak kahwin – “Aku salah seorang produk jenayah..”

LocalFamily & Parenting
3 Feb 2026 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Aedy Ashraf, setuju lelaki perlu membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Pandangan itu dikongsikan susulan hantaran di media sosial Threads oleh seorang pengguna yang menekankan bahawa kaum lelaki tidak seharusnya terburu-buru berkahwin sekiranya belum bersedia dari segi kematangan diri serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

image is not available

Aedy Ashraf setuju lelaki miskin belum layak kahwin

Menurut individu berkenaan, kemiskinan yang dimaksudkan bukan sekadar melibatkan aspek kewangan, sebaliknya merangkumi kekurangan dari segi pemikiran, empati, jati diri, keimanan, ilmu, amanah, tanggungjawab, komunikasi, hala tuju hidup, emosi dan mentaliti.

image is not available

Perkongsian itu menarik perhatian Aedy yang tampil memberi respons ringkas dengan mengakui pernah berada dalam situasi sama.

image is not available

Bagaimanapun, beliau nafi marah dilahirkan dalam keadaan sedemikian, sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk berubah menjadi lebih baik.

“Sangat setuju, aku salah seorang produk jenayah itu,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Kenyataan tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memuji keterbukaan serta kejujuran pelakon itu dalam mengakui kelemahan diri.

Artikel lain: Terkahwin adik-beradik sendiri & hamil, lakonan Hannah Delisha & Aedy Ashraf jadi bualan

image is not available image is not available

Dalam masa sama, ramai menyifatkan perkongsian berkenaan sebagai satu bentuk refleksi diri dan pengajaran berguna khususnya buat golongan lelaki yang merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Sumber: Threads aedyxashraf