Dalam kepesatan teknologi kewangan tanpa sempadan ketika ini, perbankan sering kali dilihat sebagai sekadar transaksi angka yang kaku di atas skrin peranti. Namun begitu, sebagai Bank Digital Patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank tampil dengan fokus membantu pengguna menguruskan bajet lantaran komitmen kewangan yang berganda pada Ramadan dan Syawal. Para pelanggan boleh mengoptimumkan beberapa fungsi baharu di aplikasi AEON Bank, di samping dan promosi istimewa.
Berbelanja Dengan Bijak Bersama Neko Sensei
Asas utama kepada tahap celik kewangan bermula dengan kesedaran terhadap aliran tunai sendiri khususnya ketika bulan puasa dan Aidilfitri ini. Untuk tujuan berkenaan, AEON Bank kini memperkenalkan Neko Sensei, yang mana para pengguna boleh menetapkan belanjawan dan had belanja untuk setiap kategori, dan memantau perbelanjaan dengan mudah melaluinya.

Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI-powered), Neko Sensei berfungsi secara proaktif dalam membantu pengguna menjejaki setiap perbelanjaan dan mengurus bajet dengan lebih dinamik. Dengan algoritma yang bijak, ia mampu mengklasifikasikan perbelanjaan pengguna, memberikan amaran jika bajet melebihi had, dan menawarkan cadangan pengurusan yang lebih efektif. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan had belanja untuk petrol kereta sebanyak RM300, kemudian Neko Sensei akan memantau transaksi, dan memberikan peringatan kepada pengguna berkenaan perbelanjaan mereka. Pengguna turut boleh mengakses menu Neko Sensei dan melihat perbelanjaan yang dilakukan dengan mudah.
Mengapa namanya ‘Neko Sensei?’ Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON yang beribu-pejabat di Tokyo, AEON Bank menampilkan keunikan kedua-dua budaya iaitu Malaysia dan Jepun. Justeru, ‘Neko’ ialah maskot AEON Bank yang bermaksud ‘kucing’ dan ‘Sensei’ merupakan panggilan bagi mereka yang membimbing, mendidik, melatih dan memperkasakan.

Kewujudan Neko Sensei menjadikan pengurusan bajet yang dahulunya dianggap rumit dan mengelirukan, menjadi lebih santai dengan paparan menyeluruh. Ini adalah langkah pertama dalam memperkasakan autonomi kewangan pengguna di mana setiap keputusan perbelanjaan dilakukan dengan penuh kesedaran.
Neko Missions – Bayar Dengan DuitNow QR, Raih Pulangan Tunai RM5
Salah satu cabaran besar bank digital adalah mengekalkan keterujaan pengguna. AEON Bank menyambut cabaran ini dengan menyuntik elemen ganjaran dan pulangan menerusi fungsian gamifikasi tersendiri iaitu Neko Missions.

Beberapa kempen disediakan melalui Neko Missions, dan salah satunya adalah peluang untuk meraih pulangan tunai sebanyak RM5 bagi setiap transaksi DuitNow QR yang memenuhi kriteria. Kempen ini dibawakan khas dengan sokongan PayNet sehingga 15 Mei 2026.

Selain itu, kempen ini diperhebatkan lagi dengan Pulangan Tunai Raya RM30 bagi penggunaan Kad Debit-i AEON Bank di premis-premis terpilih yang menyertai kempen MyDebit sehingga 15 April ini. Melalui bahagian Neko Mission juga, pengguna boleh menyemak pelbagai cabaran dan promosi baharu yang disediakan dari hari ke hari, dalam membantu mengurangkan beban belanja pengguna, selain menikmati diskaun pada pelbagai produk serta perkhidmatan popular.

Savings Pot : Tabung Simpanan Sedia Pulangan Berbaloi – Sehingga 3.00% Setahun
Tidak setakat pelbagai ganjaran untuk penggunaan dan belanja, pengguna AEON Bank juga disediakan dengan ciri dinamakan Savings Pot, yang mengalakkan pengguna melakukan simpanan, dan menerima pulangan sehingga 3.00% setahun.

Savings Pot membolehkan pengguna menetapkan matlamat dan sasaran yang ingin dicapai, dan seterusnya dengan mudah memantau perkembangan duit simpanan pada aplikasi AEON Bank. Pengguna turut boleh menetapkan untuk membundarkan daripada belanja pembelian, dan memasukkan baki terus ke simpanan Savings Pot ini, sekaligus menerima kadar keuntungan sehingga 3.00% setahun.
Penawaran pulangan ini adalah antara yang paling kompetitif di pasaran, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan pelbagai bank lain di Malaysia. AEON Bank menyediakan promosi pulangan tunai sehingga 3.00% setahun; sehingga 31 Mei 2026, lantas membolehkan anda turut menikmati pulangan untuk setiap duit Raya yang disimpan di tabung Savings Pot AEON Bank.
Pembayaran Zakat Yang Mudah, Dengan Aqad Yang Sah Menerusi Aplikasi AEON Bank
Bermula Ramadan ini juga, ciri pembayaran Zakat telah tersedia di dalam aplikasi AEON Bank. Melalui kerjasama strategik dengan Tulus Digital, pengguna kini boleh menunaikan 11 jenis zakat, termasuk Zakat Fitrah, Pendapatan, dan Perniagaan kepada badan berautoriti seperti Lembaga Zakat Selangor dan PPZ-MAIWP dengan akad yang sah. Ini memudahkan umat Islam memenuhi kewajipan agama mereka dengan pantas, telus dan sah di dalam talian.

Integrasi JomPay Untuk Pembayaran Pelbagai Bil
Bagi memenuhi keperluan pengurusan bil harian, integrasi JomPay memastikan segala komitmen utiliti dan telekomunikasi dapat diselesaikan di bawah satu aplikasi. Kini, anda tidak lagi perlu runsing membuka pelbagai aplikasi berbeza untuk pengurusan pembayaran bil – termasuk utiliti, telekomunikasi, termasuk beberapa bil yang lain terus melalui aplikasi AEON Bank.
Pembiayaan Peribadi-i Sehingga RM100,000
AEON Bank turut menyediakan kemudahan untuk pengguna dalam mendapatkan akses pembiayaan dengan pantas menggunakan aplikasi perbankan digital patuh syariah pertama Malaysia ini. Menggunakannya, pengguna boleh mengakses Pembiayaan Peribadi-i (PF-i), menawarkan jumlah pembiayaan antara RM1,000 sehingga RM100,000. Pembiayaan ini turut dibuka kepada pekerja ekonomi gig dan individu yang bekerja sendiri dengan pendapatan kasar minimum RM2,500 sebulan.
Berkuat kuasa 17 Mac 2026 juga, AEON Bank secara rasmi telah memansuhkan keperluan baki minimum dalam akaun pelanggan. Sebelum ini, pengguna perlu mengekalkan baki minimum RM20, tetapi bermula 17 Mac 2026, tiada lagi keperluan berkenaan. Malah, untuk membuka akaun juga, pengguna baharu hanya perlu memasukkan deposit sebanyak RM1 sahaja. Langkah drastik ini diambil bagi memastikan perbankan digital patuh Syariah AEON Bank ini lebih terangkum dan boleh dimanfaatkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia tanpa sebarang halangan deposit yang membebankan.
Bukan Sekadar Digital, AEON Bank Turut Perkasa Masyarakat Menerusi Inisiatif Impak Komuniti Berlandaskan Keterangkuman Kewangan
Sebagai sebuah bank digital yang seratus peratus dalam talian, AEON Bank pastinya memfokuskan produk dan servisnya menerusi aplikasi perbankan digital. Walaubagaimanapun, sentuhan kemanusiaan tetap menjadi nadi utama. Komitmen ini dizahirkan melalui program Salam Prihatin, sebuah komitmen Penciptaan Nilai Bersama (Shared Value Creation).

Pada tahun ini, Salam Prihatin 4.0 telah menyantuni 100 keluarga, yang merangkumi lebih 400 penerima sumbangan yang menghuni Perumahan Pantai Permai, Kerinchi, Kuala Lumpur.
Aktiviti kali ini diadakan pada 3 Mac 2026, dengan kerjasama AEON BiG Wangsa Maju dan NGO tempatan, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) Lembah Pantai. Setiap keluarga penerima sumbangan menerima peruntukan bajet sebanyak RM300, lantas menggenapkan sumbangan AEON Bank pada tahun ini kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.
Demi membantu keluarga penerima sumbangan membeli barang dapur dan keperluan asas pada hari tersebut, lebih daripada 50 kakitangan AEON Bank, termasuk kepimpinan kanan Bank, telah ditugaskan untuk membantu mereka sepanjang aktiviti membeli-belah barangan dapur dan keperluan asas, serta untuk mengoptimumkan bajet RM300 yang diperuntukkan untuk setiap keluarga, berdasarkan keperluan masing-masing – sama ada isi rumah yang berbilang generasi, atau keluarga dengan anak-anak kecil atau mereka yang perlu menjaga orang kelainan upaya (OKU).
Kini, Salam Prihatin telah memasuki tahun keempat dan sehingga ini, AEON Bank telah membantu hampir 2,000 penerima sumbangan sepanjang tempoh 4 tahun penganjurannya.
AEON Bank Turun Padang ke Bazaar Ramadan
Usaha mendekati komuniti turut diperluaskan melalui pendekatan O2O (Online to Offline) bagi merapatkan jurang antara perbankan maya dan interaksi nyata. Kehadiran AEON Bank di Bazar Ramadan Seksyen 2 dan 23, Shah Alam, melalui kerjasama dengan PPPKMNS, merupakan bukti kesungguhan bank dalam membudayakan ekonomi digital dalam kalangan peniaga kecil dan pengunjung bazar.

Melalui aktiviti fizikal ini, pengguna berpeluang memenangi barangan rasmi dan ganjaran eksklusif, sekali gus meluaskan kesedaran tentang kepentingan memiliki akaun bank digital yang mampu menjamin kesejahteraan kewangan di masa hadapan.
“Niat di Hari, Budi Terpateri”
Berlandaskan keindahan amal budi dan betapa pentingnya berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini, AEON Bank, bank digital Islamik pertama Malaysia, telah membawakan kempen Ramadan dan Syawal bertema “Niat di Hati, Budi Terpateri“.
Kempen tersebut bertunjangkan rukun bahawa niat yang baik, apabila dizahirkan menerusi amal budi yang molek pastinya mencetuskan manfaat yang amat bermakna. Tema ini jelas dipaparkan menerusi video Ramadan Aidilfitri 2026 yang diterbitkan sendiri oleh pasukan AEON Bank. Video tersebut boleh ditonton di saluran rasmi YouTube AEON Bank.
Melalui tema tersebut, AEON Bank gigih membuktikan bahawa bank digital bukanlah sebuah entiti yang dingin tanpa perasaan. Ia adalah sebuah manifestasi kasih sayang dan tanggungjawab sosial yang dimanifestasikan dalam kecanggihan teknologi dan aplikasi perbankan digital, demi memastikan setiap rakyat Malaysia mampu bergerak seiring dalam ekonomi digital yang semakin mencabar ini.
Bagi anda yang mencari perkhidmatan perbankan digital natif awan (cloud native) yang mesra pelanggan dengan ganjaran menarik, serta patuh syariah, boleh membuka akaun di AEON Bank dengan mudah dan terus layari pelbagai fungsian di aplikasinya, dan memulakan langkah anda ke perkhidmatan perbankan digital yang lebih terangkum bersama pelbagai ganjaran, kemudahan dan perkhidmatan patuh syariah ini hari ini.mengejar aspirasi kewangan, demi mencapai ketidakbersandaran ekonomi. AEON Bank akan terus memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif, serta menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Bagi mereka yang berminat, hanya perlu memuat-turun AEON Bank di Google Play Store atau Apple App Store, imbas kod QR dan klik di SINI untuk layari laman web AEON Bank.
