Aeon diunjur catat untung bersih sehingga RM65 juta pada 1QFY25, kata RHB Research

LocalBusiness & Finance
25 Apr 2025 • 4:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aeon diunjur catat untung bersih sehingga RM65 juta pada 1QFY25, kata RHB Research

image is not available

25/04/2025 - 16:11

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - Aeon Co (M) Bhd diunjur mencatatkan untung bersih antara RM60 juta hingga RM65 juta pada 1QFY25 didorong peningkatan jualan semasa perayaan Aidil Fitri selain pengembangan margin yang berterusan, kata RHB Research.

Firma penyelidikan itu bagaimanapun kekal positif terhadap kumpulan itu disokong pertumbuhan dalam segmen pengurusan hartanah, pengembangan berterusan dan pengembalian sewa di atas usaha peningkatan asetnya.

Katanya, segmen runcit terus memberikan prestasi stabil, disokong perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan dan pengembangan margin daripada inisiatif kawalan kos.

"Aeon sedang melaksanakan langkah kawalan kos seperti peruntukan tenaga kerja yang dioptimumkan dan pelancaran berterusan inisiatif digital, termasuk kaunter pembayaran sendiri untuk meningkatkan margin runcit," katanya dalam satu nota kajian.

RHB Research berkata, kumpulan itu juga sedang mengembangkan portfolio jenama persendirian (menyokong 17% daripada jualan), yang bukan sahaja menghasilkan margin yang lebih tinggi tetapi juga menyumbang kepada pertambahan pelanggan melalui tawaran eksklusif.

Katanya, walaupun pasaran kini menjangkakan kadar pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) secara beransur-ansur pada 2025, pihaknya percaya persekitaran kadar global yang masih menurun kekal menyokong strategi pertumbuhan bukan organik Aeon.

"Disokong kunci kira-kira yang kukuh, kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan pengembangan yang dirancang, termasuk pusat beli-belah baharu di KL MidTown (FY25–26) dan AEON Seremban 2 (FY27), setiap satu menambah 400,000 kaki persegi atau 3% kawasan boleh disewa bersih (NLA)

"Usaha pengubahsuaian berterusannya juga terus menarik penyewa popular, mendorong kehadiran pelanggan dan menyokong penghunian yang kukuh dan pengembalian sewa," katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran RM1.75 sesaham.- DagangNews.com

standard