Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Langkah itu diambil sekiranya wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagaimanapun mengesahkan, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka oleh pegawai siasatan berhubung projek itu yang menelan belanja ratusan juta ringgit.

"Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-2.

image is not available

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Kementerian Pengangkutan (MOT), Anthony Loke, mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan beberapa insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sejak beroperasi semula pada 1 Julai lalu, Aerotrain sudah mengalami gangguan perkhidmatan sebanyak 19 kali dengan insiden terbaharu berlaku awal pagi tadi.