Aerotrain Tidak Boleh Beroperasi, Ada Sebabnya.

LocalTravel
16 Jan 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih belum boleh beroperasi 31 Januari ini!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurutnya, kontraktor terbabit sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.

"Sekarang (kontraktor) masih menjalankan ujian dinamik tapi lepas itu ada ujian sistem sepenuhnya dan persepaduan sistem sebelum boleh diserahkan kepada pihak berkuasa untuk buat ujian terakhir.

image is not available

"Walaupun sebelum ini mereka memberi gambaran ia boleh siap pada 31 Januari, tetapi setakat ini mereka belum berikan tarikh yang tetap atau tarikh tertentu untuk Aerotrain (beroperasi)," katanya.

Aerotrain, sistem transit automatik yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadi tulang belakang pengangkutan dalaman lapangan terbang sejak mula beroperasi pada 1998.

Namun dengan usia perkhidmatan melebihi dua dekad, sistem itu semakin kerap mengalami gangguan teknikal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved