AFC Kenakan Denda Terhadap FAM, Faisal Halim

Football
21 Dec 2025 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikenakan denda keseluruhan AS$12,500 (kira-kira RM50,962) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan dua pelanggaran peraturan ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 18 November lalu.

Memetik laporan Stadium Astro, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC yang berlangsung pada Isnin lalu. Mesyuarat berkenaan mendapati FAM menyebabkan kelewatan memulakan separuh masa pertama perlawanan selama satu minit 20 saat serta kelewatan memulakan separuh masa kedua selama satu minit 30 saat.

Advertisement
View this post on Instagram

Susulan itu, badan induk bola sepak kebangsaan diarahkan membayar denda sebanyak AS$2,500 (RM10,192) selepas didapati melanggar Artikel 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC.

Dalam kes berasingan, FAM turut dikenakan denda AS$10,000 (RM40,770) kerana gagal memastikan Faisal Halim, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, menghadiri sidang media pasca perlawanan.

Kegagalan tersebut disifatkan sebagai pelanggaran Artikel 4.3.8, dibaca bersama Artikel 31.3 Peraturan Pertandingan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027.

Selain FAM, Faisal Halim turut dikenakan denda individu sebanyak RM40,770 kerana melanggar Artikel 31.3 Peraturan Pertandingan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027, walaupun kehadirannya telah diminta oleh AFC.

Kesemua denda yang dikenakan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dimaklumkan, selaras dengan Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Terdahulu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa Harimau Malaya dan memberikan kemenangan 3-0 kepada Cape Verde, Singapura dan Palestin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-12-19 19:40:10

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Mayat Wanita Dalam Beg Di Pedas

The post AFC Kenakan Denda Terhadap FAM, Faisal Halim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.