Afdlin Shauki Sah Bercerai Dengan Isteri Sejak April

Entertainment
23 Jul 2022 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki dan isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah sudahpun bercerai sejak April lalu.

Menurut laporan mStar, perkara ini didedahkan sendiri Maria selepas mereka mendirikan rumahtangga hampir 25 tahun menerusi akaun Instagram miliknya.

Hubungan mereka dikatakan mula bermasalah sejak tempoh pandemik lagi sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

Walaubagaimanapun, mereka akan tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.

Untuk info, mereka berdua sebelum ini telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1997 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.