Afdlin Shauki sambut anak keempat pada usia 53 tahun. 'Umur lebih dua tahun, baru saya akan tunjuk'

LocalFamily & Parenting
25 Apr 2025 • 1:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH diucapkan buat pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki selepas isterinya, Datin Marcella selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Memetik OhBulan, Afdlin Shauki mendedahkan usia permata hatinya itu kini berusia 10 bulan.

"10 bulan lepas, saya menimang seorang cahaya mata.

"Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana mendapat rezeki seorang anak perempuan," katanya yang sebelum ini sudah memiliki tiga cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

image is not available

Pelakon dan pengarah filem Appalam dan Papadom itu bagaimanapun enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum dan hanya akan berbuat demikian apabila si kecil tersebut mencecah usia lebih dua tahun.

"Bila umur dia nak lebih dua tahun, baru saya akan tunjuk anak saya.

Malah, Afdlin juga mengakui dia tidak terlalu berkongsi hal-hal peribadi demi menghormati dan menjaga privasi keluarga.

Menyambut si kecil lagi pada usia mencecah 50-an, Afdlin mengakui pengalaman yang dilalui berbeza.

"Perasaan saya ada anak kecil ketika di usia sekarang, sangat seronok seperti diberi peluang kedua untuk menjadi seorang bapa.

"Saya rasa sangat gembira dapat menjaga anak kecil pada umur sekarang," ujarnya.

Artikel penuh:

image is not available

Afdlin malah sempat mengimbas kembali momen menjadi bapa muda dan berkata ketika itu dia terlalu sibuk bekerja demi memberikan kehidupan terbaik kepada anak-anak.

"Dulu sebagai bapa yang muda, saya sibuk bekerja sebab nak berikan yang terbaik untuk anak-anak tapi akhirnya tak berjumpa dengan anak.

"Tahu-tahu anak-anak dah besar. Tapi bila sekarang, saya dapat luangkan lebih masa dengan anak," katanya.

Sekadar info, pemilik nama Afdlin Shauki Aksan itu terdahulu bertemu jodoh dengan Marcella yang merupakan bekas pekerjanya dan diijabkabulkan pada Ogos 2023.

Beliau terdahulu pernah berkahwin dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997 sebelum bercerai pada April 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu aktres Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Sumber: OhBulan