Afendy Mohamed Ali dilantik sebagai CFO baharu MISC berkuat kuasa 1 Mac 2024

Business & Finance
4 Jan 2024 • 4:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Afendy Mohamed Ali dilantik sebagai CFO baharu MISC berkuat kuasa 1 Mac 2024

zulfadli

04/01/2024 - 16:17

KUALA LUMPUR 4 Jan - MISC Bhd, yang 51% dikuasai oleh syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas), mengumumkan pelantikan Afendy Mohamed Ali sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pelantikannya akan berkuat kuasa mulai 1 Mac.

Afendy, 50, menggantikan Raja Azlan Shah Raja Azwa, yang memegang jawatan CFO sejak April 2019.

Pada masa sama, Raja Azlan akan beralih kepada peranan Naib Presiden Perancangan Korporat MISC.

Menurut MISC, Afendy memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dengan DSG Chartered Accountants (Liverpool, United Kingdom) pada 1996.

Pada tahun 2002, beliau menyertai Petronas sebagai eksekutif audit dan sejak itu, beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang kewangan, perkhidmatan korporat dan risiko dalam kumpulan Petronas. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved