Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

30 Jul 2026 • 5:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sifat ihsan kepada haiwan adalah perkara yang sangat dituntut dalam setiap agama. Bahkan kita tidak boleh menyakiti binatang tanpa sebab yang jelas seperti haiwan tersebut boleh mengancam keselamatan, membawa penyakit yang berbahaya dan sebagainya.

Tular peniaga affiliate promosi racun untuk diberi kepada anjing liar

Baru-baru ini tular satu hantaran di media sosial yang mengkritik tindakan peniaga affiliate di media sosial yang mempromosikan racun untuk diberikan kepada anjing liar yang berada di jalanan.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, dia menzahirkan rasa amarah apabila peniaga itu menunjukkan makanan yang disyaki mengandungi racun tersebut untuk diberikan kepada anjing jalanan.

Bahkan pada gambar tertera tulisan “Khas untuk anj*ng/ haiwan perosak.” Kelihatan makanan tersebut dilihat seperti nasi yang dicampur bersama lauk.

Siap ada pembeli beri video tunjuk reviu produk racun yang dibeli

Dalam hantaran sama turut tular video memaparkan perkongsian dipercayai daripada pembeli yang berkongsi testimoni mengenai kebekesanan racun tersebut.

Apa yang menyayat hati, kelihatan seekor anjing dilihat menggelatar di atas tanah seperti sedang menahan kesakitan selain mulutnya berbuih.

“Sanggup eh kau buat affiliate benda macam ni? Mana hati perut kau? Kau tengok orang reviu, kau tengok! Tergamaknya kau rakam anjing tu macam tu dan post reviu! Mana tahap kemanusiaan kau? Ya, Allah sedihnya,” kata pengguna itu.

View on Threads

Pengguna minta orang ramai buat laporan, video promosi dipercayai sudah dipadam

Malah dia turut meminta orang ramai untuk membuat laporan ke atas akaun peniaga yang mempromosikan racun berkenaan.

Namun menerusi semakan kami, video asal tersebut tidak lagi boleh diakses dipercayai sudah dipadam.

Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan lanjut

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang juga berasa berang dengan tindakan peniaga affiliate serta pelanggan yang tergamak merakam aksi anjing yang dalam kesakitan itu.

Bukan hanya itu, ada juga memaklumkan mereka telah membuat laporan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan lanjut boleh diambil.

Image from: Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

Ada juga yang netizen yang memaklumkan racun digunakan itu bukan sekadar membunuh anjing tersebut sebaliknya boleh merosakkan tumbuhan apabila bangkai mereput dan meresap ke tanah.

Malah boleh menyebabkan kesan kepada persekitaran secara berantai sekiranya racun itu mengalir ke longkang, sungai serta laut.

Sebagai info, mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Semakan-2006)[Akta 64] perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak wajar terhadap haiwan boleh didenda atau dipenjarakan.

“Saya pernah tengok depan mata, seorang hamba Allah ni dia dari muda tak suka binatang terutam kucing. Dia buang kucing-kucing yang datang rumah dia. Bila dia tua, anak-anak dia abaikan dia. Kifarah Allah tu sekejap je”

Image from: Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Sila buat lapor kan akaun penjual, affiliate dan pembeli yang beli produk ni”

Image from: Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Apa masalah dengan manusia ni? Dia orang tak tahu ke seksa haiwan ni boleh jadi sebab rezeki sempit”

Image from: Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved