Afgan Ubati Rindu Peminat, Bakal Tampil Dengan Konsert Di KL!

Music
8 Sep 2022 • 6:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Afgan akan kembali untuk sebuah konsert khas Disember nanti - Gambar pengelola konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur

Sempat kecoh di laman sosial penyanyi Indonesia kesayangan ramai, Afgan bakal hadir mengubati rindu peminat dengan sebuah konsert tahun ini. 

Mengesahkan perkara itu, penganjurnya Renjana Idea Sdn Bhd menjanjikan sebuah konsert yang diberi nama Afgan Evolution Kuala Lumpur hujung tahun ini. 

image is not available

Penyanyi berumur 33 tahun itu dikhabarkan akan tampil dengan persembahan serba gah dengan lagu-lagu terbaik penyanyi itu

“Kami memang mendapat respons daripada peminat tanah air di mana mereka merindukan kemunculan dan suara Afgan yang bertenaga dan menenangkan itu untuk didengar secara live di Malaysia.  

“Mereka juga sudah tidak sabar untuk menyanyikan beramai-ramai lagu hit Afgan. Kami juga percaya bahawa die hard fan Afgan akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam bermuzik,” ujar Aliya Arisya Anuar, Pengarah Renjana Idea Sdn Bhd.

image is not available

Konsert yang bakal diadakan pada 17 Disember ini akan berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai jam 8.30 malam.

Tiket bagaimanapun sudah pun mula dijual sejak 5 September lalu pada harga RM258 (Wallflower), RM298 (Deade), RM588 (Sides), RM888 (Live to Love), RM998 (The One) dan RM1388 (Confession No 1) di golive-asia.com. - Getaran, 8 September 2022