Afifah Nasir kenal suami di konsert, tak sangka berjodoh dengan abang kawan baik

Music
7 May 2024 • 11:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Afifah Nasir kenal suami, Syed Hariz di konsert dan tidak menyangka dirinya berjodoh dengan abang kawan baiknya sendiri.

Adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkongsi detik pertamuan dengan suaminya semasa di majlis resepsi perkahwinannya pada Ahad.

image is not available

Afifah Nasir kenal suami di konsert

Menerusi perkongsian di TikTok Remaja, pemilik nama Nur Afifah binti Md Nasir berkata dia mengenali Hariz daripada rakan baiknya yang dikenali Alya yang kini merupakan adik iparnya.

Dia juga tidak menyangka abang kepada rakan baiknya merupakan jodoh yang dicari selama ini.

“Saya tak pernah sangka saya akan berjumpa dengan jodoh saya.
“Bagi saya, jodoh saya rupanya dekat dan saya tak tahu dia ada dalam kehidupan saya sampai lah kami berjumpa di sebuah konsert, terima kasih kepada Alya,”katanya.

image is not available

Dekat rupanya jodoh sendiri

Dalam pada itu, dia meluahkan ketidaksangkaan apabila jodoh yang dicarinya selama ini berada dekat diri sendiri sehinggalah momen di konsert.

“Saya dah berkawan dengan Alya selama sepuluh tahun dan saya tahu dia mempunyai seorang abang tapi tak pernah terlintas untuk berkenalan sehinggalah kami berjumpa di konsert itu,”katanya lagi.

image is not available

Afifah berkata, hubungan mereka berdua semakin rapat dan menjadi kekasih selepas pertemuan kali pertama di konsert.

“Selepas itu kami terus dapat keserasian dan berteman rapat dan kemudian menjadi boyfriend dan girlfriend dan seterusnya saya berdiri di sebelah lelaki idaman saya,”ujar Afifah Nasir

@remaja.my

Alaaa, min pula sebak bila dengar Afifah Nasir teary macam tu. Tahniah Afifah & Syed Hariz! So korang, dah boleh usha-usha abang kawan sendiri tau. Klip: Instagram alyaasyed #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #remajanews #afifahnasir #selebritimalaysia #artismalaysia

♬ Beautiful – Soft boy

Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lalu.

Sumber: TikTok remaja.my

View Original Article