“Agak Berkat Tak Ibadah Tu?” – Wanita ‘Bangga’ Pergi Haji Di Mekah Pakai Visa Pelancong Undang Kecaman Netizen

12 Jul 2022 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial mengenai satu perkongsian seorang wanita yang dilihat ada menceritakan pengalamannya memasuki tanah haram Mekah untuk tujuan menunaikan Haji namun dikecam netizen.

Ini berikutan wanita itu didakwa menggunakan jalan pintas iaitu Visa Pelancong dan bukannya Visa Furada yang ditetapkan kerajaan jika tidak menggunakan agensi Tabung Haji.

Perbuatan itu sekaligus telah melanggar undang-undang kerajaan Mekah dan akan menyusahkan jemaah Haji Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam itu di kemudian hari jika tertangkap oleh pihak imigresen Tanah Haram itu.

Dalam hantaran panjang lebar perjalanan wanita itu yang kemudiannya ‘lenyap’ setelah menerima kecaman daripada netizen, dia ada menceritakan pengalaman ditahan oleh pihak berkuasa Mekah malah turut memberi tips untuk ‘menipu’ pula.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berasa hairan dengan sikap wanita berkenaan yang seolah-olah ketakutan meskipun pergi ke Mekah dengan tujuan asal untuk menunaikan ibadah.

image is not available

Kata netizen, tidak perlu takut jikalau memasuki negara orang dengan permit Haji yang sah dan wanita itu mengakui mereka memasuki negara itu dengan hanya menggunakan visa pelancong.

Ia sekaligus mengundang kritikan dan ramai netizen mempersoalkan keberkatan ibadah yang dilakukan berikutan tindakan wanita itu yang menipu dan memperdaya pihak berkuasa ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Kita kan masih di waktu pandemik. Ada sebab la Saudi hadkan jemaah. Menjaga keselamatan nyawa itu penting. Tak dapat visa haji, janganlah datang buat haji. Tahun depan InsyaAllah ada kalau dah memang rezeki. – netizen

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO) Tak Perlu Kemoterapi, Bomoh Ini Dakwa Mampu Pindahkan Penyakit Kanser Kepada Pokok