AGC Arah Inkues Kematian Zara Qairina, Empat Tuntutan Keluarga Kini Dipenuhi

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 3:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina, semalam.

Menerusi satu kenyataan AGC hari ini, arahan inkues tersebut dikeluarkan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

AGC arah inkues kematian Zara Qairina

image is not available

“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

“Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” kata AGC dalam kenyataan tersebut.

AGC arah inkues kematian Zara Qairina

image is not available

Ini bermakna, empat tuntutan yang dikemukakan pasukan peguam keluarga Zara Qairina kepada AGC pada 5 Ogos lalu kini telah dipenuhi.

Tiga permohonan yang telah dipenuhi sebelum ini ialah mengembalikan kertas siasatan kes kepada polis untuk dibuka semula, melantik pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan, serta menggali semula kubur Zara Qairina untuk melakukan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.

Sumber: Facebook @Jabatan Peguam Negara