AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

LocalPolitics
10 Jun 2026 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

AGC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis dibuat oleh Tei Jiann Cheing, atau lebih dikenali sebagai Albert Tei.

Menurut kenyataan itu, semakan terhadap kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan mendapati tiada bukti mencukupi untuk membuktikan berlakunya kesalahan ugutan jenayah seperti didakwa.

“Selepas penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan, unsur-unsur kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan didapati tidak dapat dibuktikan.

“Sehubungan itu, diputuskan bahawa kertas siasatan berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” menurut AGC.

Sebelum ini, Albert Tei mendakwa berlaku ugutan jenayah yang melibatkan Azam dan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Getaran, 10 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved