Agensi Angkasa Malaysia : Fenomena Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku Pada 8 November 2022

WorldTechnologyDigitalSpace
6 Nov 2022 • 6:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Agensi Angkasa Malaysia kini berkongsi mengatakan fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 8 November 2022 kelak.

Fenomena gerhana bulan penuh ini berlaku apabila Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.

image is not available

Di Malaysia, fenomena ini akan berlaku sekitar 16.02 sehingga 21.56 waktu tempatan pada 8 November. Walaubagaimanapun, orang ramai tidak dapat melihat pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana berlaku ketika Bulan berada di bawah ufuk.

image is not available

Namun, menurut Agensi Angkasa Malaysia, masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.