
KUALA PENYU: Agensi kerajaan yang diberi tanah rizab di sini digesa melaksanakan rancangan pembangunan masing-masing demi kepentingan rakyat.
Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata rancangan pembangunan itu perlu direalisasikan tanpa berlengah kerana daerah itu amat memerlukan pembangunan yang lebih lestari.
Beliau berkata tanah rizab yang diberikan kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan bertujuan untuk pembangunan kemudahan seperti sekolah dan tadika, antara lain.

