Agensi Kerajaan, GLC Diminta Proaktif Bantu Mangsa Banjir

27 Dec 2022 • 8:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Maslan berkata agensi kerajaan dan GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan (MOF) perlu menjadi contoh bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah - Gambar Fail

MACHANG - Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta memainkan peranan lebih proaktif menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mangsa banjir.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata agensi kerajaan dan GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan (MOF) perlu menjadi contoh bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah.

"GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan perlu lebih aktif tanpa perlu menunggu arahan supaya berusaha membantu mereka yang terkena musibah.

"Apabila mendapat tahu mengenai bencana seperti banjir, kebakaran dan ribut memerlukan bantuan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana banjir berjumlah RM80,000 kepada 800 penerima di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, di sini hari ini.

Setakat pagi tadi, lima negeri masih terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak melibatkan ribuan mangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved