Agensi Risikan CIA Membangunkan AI Seakan ChatGPT Untuk Menganalisa Data

TechnologyDigital
27 Sep 2023 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) telah dibuktikan lebih pantas menganalisa data raya berbanding manusia. Ia telah digunakan oleh syarikat insurans di Jepun dan menganalisa risiko di medan perang oleh tentera Amerika Syarikat. Seterusnya AI dalam bentuk chatbot akan digunakan oleh oleh agensi risikan CIA Amerika.

image is not available

AI ini sedang dibangunkan dengan kemampuan seakan ChatGPT. Kemampuannya juga akan dikongsi dengan 18 lagi agensi risikan lain di Amerika Syarikat. Dengan terdapat terlalu banyak data yang perlu diproses, AI diharap dapat melakukan tugasan ini untuk manusia dengan ia dapat menimbulkan maklumat yang relevan apabila diperlukan.

Dalam laporan Bloomberg, teknologi AI akan digunakan belum lagi diketahui pada waktu ini. Yang pasti sebelum ini kakitangan Google menmbantah teknologi syarikat digunakan bagi tujuan ketenteraan. Penggunaan AI dalam bidang ketenteraan tidak dapat dielakkan. Sebarang teknologi yang dapat memberikan kelebihan ke atas musuh akan digunakan sama ada dipersetujui ataupun tidak.