Agih 12.4 tan metrik bantuan makanan kepada mangsa banjir

24 Dec 2022 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azman - Foto Bernama

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengagihkan sebanyak 12.4 tan metrik barangan makanan keperluan asas kepada lebih 4,000 mangsa banjir di negeri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, antara barangan keperluan asas yang diberikan kepada mangsa banjir adalah seperti gula, beras, minyak masak, tepung gandum dan sardin.

"Misi bantuan banjir oleh KPDN Kelantan yang telah bermula sejak 20 Disember lalu akan diteruskan sehingga ada lagi pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

"Setakat ini kita telah serahkan sumbangan kepada mangsa banjir di jajahan Kota Bharu, Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada 226 penduduk daripada 101 keluarga di PPS Sekolah Menengah Agama Pohon Buloh di sini hari ini.

Katanya, inisiatif tersebut diharap dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup ditanggung mangsa banjir serta meredakan kesedihan mereka susulan bencana berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved