
DATUK Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) mengingatkan kerajaan agar tidak bersikap pilih kasih dalam mengagihkan bantuan RM1,000 kepada mangsa terjejas banjir di Sabah.
Beliau berkata, rakyat sudah cukup menderita akibat bencana banjir yang merosakkan rumah mereka jadi, pemimpin akar umbi tidak seharusnya bersikap pilih kasih dalam memberi bantuan.
“Hari ini banyak (rakyat) yang menderita, ada yang meninggal dunia. Ada juga bantuan dijanjikan ada yang dapat, ada yang tidak…yang teruknya lagi pemimpin kampung dapat peruntukan, pilih kasih.
“Siapa sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat RM1,000, siapa tidak sokong tidak dapat (bantuan). Ini tidak boleh, ini penindasan cukup dahsyat, orang sudah menderita dan rumah musnah akibat banjir,” katanya semasa sesi perbahasan, Selasa.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Katanya, bantuan belum diterima oleh rakyat yang terjejas banjir, hanya mereka yang datang ke pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja diberi bantuan RM1,000 dan ada rakyat yang terkesan tidak sempat berpindah ke dewan PPS.
Bung berkata, Penampang dilanda banjir hampir setiap tahun, apabila hujan lebat memang akan berlaku banjir.
“Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan buat kajian tentang masalah yang berlaku dan tanganinya.
“Selepas banjir, penduduk Penampang berhadapan pula dengan masalah ketiadaan air untuk membersihkan kesan lumpur yang setebal dua kaki. Kerja pembersihan tidak dapat dilakukan kerana masalah air.
“Kamu dalam kerajaan fikir, guna idea yang baik untuk selesaikan masalah ini. Air tiada, macam mana mahu bersihkan rumah. Ini perlu difikir, Jangan hanyak seronok umumkan kerajaan negeri terima hasil yang banyak,” katanya.
Katanya lagi, beliau tidak melihat komitmen yang serius daripada kerajaan untuk menangani masalah air di Sabah sedangkan masalah ini sudah berlarutan agak lama.
“Rakyat merintih dan menangis sehingga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat demonstrasi aman tapi, kerajaan seperti tidak melihat perkara ini berlaku.
“Kerja menyelenggara jalan raya dan sistem perparitan harus diletakkan di bawah satu agensi sahaja bagi mengelakkan berlaku sikap tuding jari apabila banjir melanda.
“Bukan sahaja Jabatan Kerja Raya (JKR) menjaga jalan raya, ada lagi agensi lain yang menjaga jalan raya. Parit juga seharusnya dijaga oleh satu jabatan tapi, ada parit di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, ada di bawah Kementerian Pertanian dan ada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.
“Dulu saya sudah sarankan kita selaraskan, biar hanya satu agensi bertanggungjawab tapi, tiada respon. Semua mahu pegang tugas tanggungjawab. Tapi, apabila banjir berlaku tuding jari ini bukan parit di bawah DBKK kemudian DBKK cakap ia di bawah Kementerian Pertanian dan kemudian dikatakan ia di bawah JKR,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

