Agihan Dividen ASB Dijangka Lima Peratus, Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lalu

20 Dec 2023 • 9:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2023 yang akan diumumkan pada minggu ini dijangka lima peratus berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut dimaklumkan oleh Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob dimana agihan pendapatan tersebut dijangka sekitar lima hingga 5.5 peratus.

Dividen ASB lima peratus

image is not available

“Ekonomi tempatan baharu sahaja memperlihatkan pemulihan selepas pandemik, jadi kadar agihan pendapatan ASB masih belum mampu untuk kembali kepada paras sekitar tujuh peratus yang kali terakhir disaksikan pada 2018.

“Masih terdapat beberapa isu tempatan yang perlu diatasi mi­salnya kebergantungan kepada buruh luar, saya kira ekonomi kita mungkin memerlukan masa sekitar dua tahun lagi untuk kembali mencapai tahap sebelum ini.

“Meskipun pulangan ekuiti dari luar negara, misalnya di Amerika Syarikat (AS) adalah agak baik, ia juga akan bergantung kepada keadaan global misalnya pe­perangan antara Israel dan Hamas yang mana ekonomi AS di­jangka turut sama terkesan,” katanya.

image is not available

Difahamkan, kadar agihan pendapatan ASB adalah berjumlah 3.35 sen bersama bonus 1.25 sen untuk memberikan jumlah 4.60 sen seunit pada tahun 2022.

Manakala sebanyak 0.5 sen seunit untuk 30,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit untuk bonus tambahan pada tahun yang sama.

image is not available

Dalam pada itu, Penganalisis Eko­nomi Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr, Ahmed Razman Abdul Latiff memberitahu agihan pendapatan ASB untuk tahun ini sebanyak lima peratus.

“Walaupun FBM KLCI belum menunjukkan peningkatan ­prestasi, tetapi pencapaian tidaklah seteruk tahun sebelumnya. Keadaan ini turut disokong de­ngan peningkatan pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar( KDNK),” ujarnya.

image is not available

Sumber: Kosmo (Muhammad Ikhwan Ideris)