Agihan kerusi GRS-BN sudah dimuktamad: Hajiji

Politics
25 Oct 2022 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

‘Kita akan umumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan Deepavali anjuran Kerajaan Negeri bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Magellan Sutera di sini, pada Isnin.

Mengenai ikrar Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa timbalan perdana menteri dari Sabah akan dilantik sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya umum, Hajiji berkata Sabah menyokong perkara itu.

“Kami akan mencari pemimpin yang paling sesuai dan kami pasti akan menyokong,” katanya.

Mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada Ahad, Hajiji berkata semuanya baik-baik saja dan mereka telah membincangkan mengenai kerjasama antara BN dan GRS pada PRU15 akan datang.

“Semuanya baik baik… kita akan pastikan kerjasama ini akan menjadi kekuatan kepada kerajaan Negeri kerana kerajaan negeri adalah kerajaan campuran dengan BN,” kata Hajiji.

Sementara itu, hampir 1,000 orang menghadiri perhimpunan Deepavali penuh warna-warni, yang pertama selepas pandemik.

Pada majlis itu, Presiden SICC Datuk V. Jothi mengiringi Ketua Menteri menyampaikan sumbangan RM3,000 masing-masing kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar dan Persatuan Orang Buta Sabah.

Antara yang hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya serta pemimpin pelbagai parti dan pertubuhan politik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.