Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Sultan Ibrahim berkenan berangkat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Berangkat sama, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. 

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved