Agong berangkat ke majlis serahan zakat perniagaan kepada MUIP

23 Oct 2023 • 2:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Serahan Zakat Badan Korporat kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.

Turut berangkat paduka anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua MUIP.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada tiga badan korporat berjumlah lebih RM8.4 juta kepada Tengku Hassanal selaku Yang Dipertua MUIP.

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4 juta manakala Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Mr. Bentong World Trading masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM2.4 juta dan RM2 juta.

Terdahulu, Seri Paduka yang juga Ketua Agama Islam Pahang berkenan mempengerusikan Mesyuarat MUIP Ke-190.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussain.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved