Agong berangkat ziarah Makam Diraja sempena Hari Hol

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, menurut satu hantaran dalam Facebook rasmi Seri Paduka Baginda.

**media[2761351]**

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. - Bernama