Agong berkenaan lawat mangsa banjir

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengunjungi PPS yang menempatkan mangsa terjejas banjir.

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mendengar apa yang diperkatakan salah seorang mangsa banjir di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tertawa mendengar kata-kata daripada dua kanak-kanak lelaki di salah sebuah PPS yang dilawati baginda.

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melihat telatah seorang kanak-kanak yang ditempatkan di PPS bersama keluarganya

KOTA TINGGI – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar daerah Kota Tinggi pada Isnin.

Keberangkatan baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus.

**media[2965598]**

Sempena keberangkatan tersebut, baginda turut berkenan melawat beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi menempatkan mangsa-mangsa banjir bagi daerah Kota Tinggi.

**media[2965597]**

Antara PPS yang dilawati baginda melibatkan PPS di SJK (C) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.

**media[2965596]**

Difahamkan, PPS SJK (C) New Kota dan SRAB menempatkan kira-kira 390 mangsa banjir daripada 106 keluarga.