Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

5 May 2024 • 8:33 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sultan Ibrahim (tengah) pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka semalam - gambar BERNAMA

ALOR GAJAH - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kediamannya di Kampung Pulau di sini.

Sultan Ibrahim diringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, tiba kira-kira 3 petang dan disambut Ab Rauf dan isteri Datin Seri Zuriyan Ab Aziz.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata.

Majlis terbuka berkenaan berlangsung bermula 3 petang hingga 11 malam tadi dengan menyajikan pelbagai juadah kepada tetamu. - BERNAMA