Agong berkenan ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar: Istana Negara

18 Dec 2022 • 10:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di Doha semalam sempena lawatan khas Seri Paduka ke Qatar.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook memaklumkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Arif Temenggung Pahang Tengku Fahad Mua’adzam Shah.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Qatar.

Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia itu adalah satu daripada acara dalam rangka lawatan khas Al-Sultan Abdullah ke Doha atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat pulang dan tiba di tanah air esok (19 Dis). - Bernama