Agong berkenan terima menghadap perpisahan Naib Canselor UPNM

15 Jun 2023 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap perpisahan Hasagaya di Istana Negara pada Khamis. - Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap perpisahan Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah di Istana Negara, di sini pada Khamis.

Hasagaya yang mula menyandang jawatan Naib Canselor UPNM ke-6 pada 19 Disember 2020, akan menamatkan perkhidmatan beliau dalam ATM pada 19 Jun 2023 setelah tiga tahun berkhidmat bersama UPNM.

"Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Canselor UPNM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah kepada ATM dan UPNM serta negara,” menurut hantaran Facebook Istana Negara pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved