Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing

9 Jul 2024 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia selepas menerima watikah pelantikan di Istana Negara pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Ekitela Ronald John Moru dari Republik Kenya, Dr Waleed Khalifa AlManea (Bahrain), Koumba Diop (Republik Guinea) dan Dr Mariyam Shabeena Ahmed (Maldives).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Luis Javier Campuzano Piña (Mexico), Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar (Timor Leste), Jason Keats Matthew Hall (Jamaica) dan Dr Batlang Comma Serema (Republik Botswana).

Turut menyerahkan watikah pelantikan ialah Prof Fekadu Beyene Aleka (Ethiopia), Désiré Boniface Somé (Burkina Faso), Tomáš Ferko (Slovakia) dan Raman Ramanouski (Belarus).

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved