Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota

LocalPolitics
25 Oct 2024 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaran di sekitar kawasan ibu kota. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

"Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Usai menikmati santapan pagi, Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaran di sekitar kawasan ibu kota.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar dengan usaha untuk memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur. - Bernama