Agong cemar duli, tinjau lokasi nahas pesawat terhempas di Elmina

17 Aug 2023 • 8:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai nahas berkenaan di pusat operasi di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.

Seri Paduka Baginda turut berkenan berbual dengan keluarga mangsa untuk menenangkan mereka.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 individu maut dengan lapan daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved