Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

26 Apr 2023 • 9:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

@istananegaraofficial

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang hari ini. Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked Baginda. #royal #malaysia

♬ original sound – Istana Negara – Istana Negara

Sumber: BERNAMA