Agong dipersembahkan laporan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, negeri-negeri

LocalPolitics
18 Sep 2024 • 11:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri bagi tahun 2023 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, laporan berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda oleh Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini bertemakan "Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved