Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

20 May 2025 • 6:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitahkan daging korban berkenaan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh, di Istana Negara hari ini.

“Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urus setia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Pegawai Agama Istana Negara turut mendoakan semoga ibadah tersebut diterima Allah SWT dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Sumber: Bernama