Agong Kurnia 164 Gelaran, Mat Sabu Kini Datuk Seri

1 Feb 2023 • 1:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran SMW yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohamad Sabu pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023, sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seramai 164 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.

BERITA LANJUT MENYUSUL