Agong kurnia 257 pingat kepada anggota tentera

20 Oct 2022 • 12:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan pingat kepada 257 pegawai dan anggota tentera pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2022 sesi kedua, di Istana Negara hari ini.

Pada istiadat berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu, Seri Paduka berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima; Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) melibatkan 33 penerima; Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 104 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) membabitkan 109 penerima.

Penganugerahan pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan dicurahkan dalam perkhidmatan ATM.

Turut hadir ke istiadat itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Pada sesi pertama istiadat itu Selasa lepas, seramai 284 pegawai dan anggota dikurniakan pingat dengan Mohd Asghar Khan mendahului senarai sebagai penerima darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved