Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Sabah

24 Jun 2026 • 4:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM500,000 kepada mangsa kebakaran di daerah Kudat dan Sandakan, Sabah.

Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Tan Sri Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu upacara di Istana Negara di sini.

Image from: Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Sabah

Sumbangan itu disalurkan menerusi YSIJ bagi membantu meringankan beban lebih 1,000 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di kedua-dua daerah berkenaan pada April lalu.

Kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat pada 16 April telah memusnahkan lapan rumah serta menjejaskan 67 mangsa daripada 18 Ketua Isi Rumah (KIR), manakala kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pula merupakan insiden berskala besar yang memusnahkan 1,050 daripada 1,200 rumah dan menjejaskan sekurang-kurangnya 914 KIR.

Image from: Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Sabah

Kerajaan Negeri Sabah menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah kini sedang menyelaras bantuan kebajikan, bantuan kemanusiaan serta usaha penempatan semula bagi mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Hajiji merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong mengurniakan sumbangan berkenaan.

“Ini adalah tanda keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.
“Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat serta tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan,” katanya.

Image from: Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Sabah

Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan kebajikan, pengurusan pusat pemindahan sementara dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara.

Sumber: FB Hajiji Haji Noor

The post Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Sabah appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved