Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

14 Jun 2024 • 8:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Yang di-Pertuan Agong (tengah) berkenan menandatangani plak pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim sambil diperhatikan Ab Rauf Yusoh (kiri) dan Mohd Ali Mohd Rustam (kanan). - Gambar Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara di Melaka, hari ini.

Masjid berkenaan ialah yang pertama di negara ini dimasyhurkan dengan nama baginda.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut dan diringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Yang di-Pertuan Agong kemudian berkenan menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan yang diimamkan oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan cek bakul makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada Ab Rauf, disusuli bacaan doa oleh Mufti. - Getaran, 15 Jun 2024