Agong pemilik pertama di dunia terima kereta sedan mewah Hongqi L5

12 Apr 2024 • 5:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pemilik pertama di dunia menerima sebuah kereta keluaran China, Hongqi L5.

Kereta sedan mewah itu diterima Sultan Ibrahim ketika baginda menerima mengadap Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, pagi tadi.

Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro itu turut digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.

Semasa sesi pertemuan itu, Seri Paduka berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksportnya ke China.

Baginda juga berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.

“Pertemuan bersama Seri Paduka adalah bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu semasa berkaitan kedua-dua negara. China adalah salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang yang besar kepada Malaysia.

“Dalam sesi mengadap ini, Seri Paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Turut hadir dalam pertemuaan itu adalah Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu serta tokoh perniagaan, Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah. – 12 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved