Agong, Pemimpin Zahir Ucapan Aidiladha

10 Jul 2022 • 10:35 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Gambar Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Dalam satu hantaran di Facebook, baginda berdua juga mendoakan semoga ibadah korban tahun ini dapat dilakukan dengan sempurna.

#royal #malaysia #aidiladha

Posted by Istana Negara on Saturday, July 9, 2022

“Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. 

“Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. 

Beliau turut menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia yang pulang ke kampung berhati-hati ketika memandu dan mendoakan mereka selamat tiba ke destinasi.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd. Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke...

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, July 9, 2022

“Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta,” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan kesyukuran kepada Allah kerana seluruh umat Islam dapat kembali meraikan sepenuhnya Hari Raya Aidiladha tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam menghidupkan semangat Aidiladha dengan kembali memperteguh keimanan, memperkukuh akidah serta kebersamaan sesama insan sejajar yang digagaskan Al-Quran. 

PERUTUSAN EIDULADHA 1443H Alhamdulillah dengan keiizinkanNya, kita kembali meraikan Eiduladha yang merupakan salah satu...

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, July 9, 2022

“Semestinya peristiwa ini memberi kesempatan bermakna buat umat Islam dalam memaknai ketaatan Ibrahim AS tatkala diperintah Allah SWT untuk mengorbankan anakandanya, Nabi Ismail AS

“Ibadah korban ini juga mendidik setiap daripada kita tentang erti kesabaran, ketaatan, keikhlasan dan kecintaan kepada Allah serta sesama insan,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2022