Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas

LocalPolitics
25 Feb 2025 • 12:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Oktober hingga 12 Disember lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata, akta itu ialah Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025, Akta Perkongsian Data 2025 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025.

Selain itu, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025 dan Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved