Agong, Permaisuri berangkat ke Pesta Kuantan 188

4 Sep 2022 • 7:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 di sini malam semalam.

Ketibaan Seri Paduka berdua diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan kepimpinan kerajaan negeri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospitality 360 Sdn Bhd Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad.

Majlis yang diadakan sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka berdua dimeriahkan dengan acara memotong kek dan pulut kuning selain persembahan bunga api serta ‘projection mapping.’

Selain itu, persembahan nyanyian oleh artis tempatan antaranya Aina Abdul, Ara Johari, Man Bai dan Raihan turut berlangsung di Kuantan 188 yang merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved