Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama kepimpinan Kerajaan P.Pinang

LocalPolitics
6 Apr 2023 • 8:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama kepimpinan kerajaan negeri di Seri Mutiara, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di sini

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee.

Majlis berkenaan dimulakan dengan acara menghadap dan persembahan cenderamata.

Seri Paduka berdua turut bercemar duli untuk menanam pokok dan sesi bergambar bersama barisan exco kerajaan negeri, sebelum baginda mengambil tempat menyertai majlis santapan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Seri Paduka berdua berada di Pulau Pinang sempena lawatan tiga hari sehingga Sabtu ini. -Bernama