Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Pekerja

1 May 2023 • 11:03 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja sempena sambutan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua itu dimuat naik di Facebook Istana Negara.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun dan tema sambutan tahun ini ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani. - Bernama