Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.

"Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.

"Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah,” titah Seri Paduka Baginda. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved